bismillah..
hurm.. ari nih mule2 ingat nak cite pasal perjalanan gi 'balad' (downtown kat sini) semalam, tapi pagi tadi baru dapat berite tentang sorg ayah kawan nih meninggal dunia.. innalillah.. so, posting kali ni saye tujukan kepada arwah, semoga dicucuri rahmat; dan semoga kita semua mendapat iktibar sedikit sebanyak.. al-fatihah..
bila disebut tentang kematian, ape yg kite bayangkan? amal tak cukup? atau tak puas hidup di dunia lagi? apakah kita risaukan tentang nasib kita, ke syurga atau neraka? atau kita sibuk merangka masa depan keluarga kita, berjayakah anak2 kita? atau adakah... ? (sila letak sendiri kemungkinan2 lain)
dalam satu hadith, Rasulullah ada menyebut, antara lain maksudnye, manusia yg paling bijak adalah yg selalu mengingati mati. apakah yg akan kita peroleh andainya kita sering mengingati mati? apakah kita akan sediakan kain kapan dengan ukuran yg tepat mengikut saiz badan kita setiap hari? atau apakah kita akan siapkan batu nisan kita siap diukir dengan nama dengan tarikh dibiarkan kosong? atau apakah kita siap2 book tempat di tanah perkuburan? apa yg sebenarnya dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. di sini adalah dengan mengingati, seseorang itu akan sentiasa bersedia untuk menghadapi mati, DENGAN MENYEDIAKAN BEKALAN MENUJU KE AKHIRAT.. bekalan yg mencukupi untuk menempatkan dirinya di syurga.. amal jariah, sedeqah, amalan2 fardhu, amalan2 sunat.. yang pasti, sesorang yg sentiasa mengingati mati pasti mempunyai 'back-up plan' andainya roh diangkat pada bila-bila masa..
satu cara untuk menjadikan kita mencintai mati adalah dengan 'menghantar' apa yg kita cintai di dunia ini ke 'sana'. dalam kata yg lain, kita menggunakan apa yang kita ada di dunia ini dengan cara yg terbaik untuk mendapat hasil yg terbaik di akhirat kelak.. dengan harta, kita infaqkan kepada yg memerlukan, dengan anak, kita didik sebaik mungkin agar menjadi anak yg soleh, dan lain2 lagi aspek dalam kehidupan kita.. niat yg menentukan..
jadi, dalam kesempatan yg masih berbaki, saye menyeru kepada sekalian manusia agar banyak2 menyediakan bekalan kita.. jangan nanti kita menyesal bila dihadapkan di depan Al-Mizan.. sentiasa koreksi diri sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu, apa sahaja, sepanjang kehidupan kita..
wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment