Monday, June 13, 2011

Bahasa Bunda

bismillah..

2-3 hari lepas, aku terbaca post Mahaguru Bahasa Melayu aku di sekolah menengah dulu, Mllm. Hasni Yusof, di facebook. Mllm. (Cikgu) memberi komentar tentang salah satu artikel surat khabar tentang penggunaan Bahasa Melayu masa kini. Bagaimana pengaruh sms, facebook, dan twitter terhadap kemurnian Bahasa Melayu. Penggunaan tatabahasa yang tidak tepat, penggunaan kata singkatan yang sangat meluas, tergantung identiti penulis masing-masing; justeru akhirnya pasti akan menyebabkan generasi lanjut keliru dengan identiti sebenar yang dikatakan sebagai 'anak bangsa' itu sendiri. Bak kata pepatah, bahasa mencerminkan bangsa.

Maka oleh kerana itu, aku sendiri mengambil inisiatif untuk mula membudayakan kembali apa yang dikatakan sebagai Bahasa Melayu yang betul, sesuai dengan apa yang telah aku pelajari sewaktu di bangku sekolah. Memang aku sendiri akan merasa janggal, pasti ada tatabahasa yang tidak tepat, tentu banyak dugaan dan cabaran yang menunggu, tetapi aku akan cuba seboleh mungkin untuk mendokong bahasa ibundaku ini. Memang tidak salah untuk menelusuri arus kemajuan, mengikuti perkembangan anak-anak muda zaman ini, tetapi jangan sampai identiti kita turut hanyut tanpa kita sedari.

Tambahan lagi aku sekarang hidup bermastautin di Indonesia. Bahasa di sini tidak banyak beza, walaupun budaya hampir tidak ada yang sama. Aku berazam untuk terus mengekalkan budaya tanah airku yang tercinta, bermula dengan membudayakan Bahasa Melayu yang betul. Semoga aku terus diberi kekuatan untuk terus menjadikan Bahasa Melayu kembali kemilaunya, sepertimana megahnya bahasa ini sewaktu zaman Melayu Melaka suatu ketika dahulu..

Wassalam..

Monday, June 06, 2011

Tanjung Bira

bismillah...

khamis baru ni kitorg pegi vacation kat pantai, Tanjung Bira. ye la. kebetulan ade cuti seminggu, ade yang balik mesia. ade yang g jenjalan. kitorg yang kat makassar ni pon, amik peluang g tanjung bira. tuka angin. sebenarnye aku dah pernah pegi dah 2-3 kali, tapi kali ni dah janji nak tolong bawak, sebab membe-membe yang nak pegi ni sume tak tau sangat jalan. aku pon sebenarnye men agak-agak je. nasib baik sampai. heheh. 7 jam atas kete memang naik kematu la ponggong. jalan pon berlobang macam bulan..

sampai kat sini pagi khamis. tros terjun laut. lame tak jumpe air banyak-banyak camni. hoho. cuace pon tak terik sangat. memang sedapla mandi. pasir pantai pun halus macam tepung. ilang sket rase beban kat dahi. malamnye kitorg makan ikan baka. memang terbaik dari ladang. fresh. orang tu kate ikan barracuda. tak taula btol ke idak. tapi memang sedapla. dengan bintang banyak malam tu. sambal kicap lagi. tambah pulak dah baru lepas bangun tido lepas penat mandi laut. pehh~

esoknye kitorg pegi snorkeling. mule-mule bapak tu bawak pegi kat kawasan yang banyak coral. aku sebenarnye nak tengok penyu. kempunan. dapat tengok sekilas pon jadila. tapi sampai abes snorkeling tak jumpe. kecewe jugakla time tu. pastu ingat bapak tu nak bawak balik ke pantai. rupenye die bawak g pulau. kat area pulau tu, ade satu macam sangkar. besa gakla. dalam sangkar tu ade dalam 20.. ekor.. PENYU!!! wuhuu!! memang hepi gile time tu. aku terjun dalam sangkar tu, berenang dengan penyu..

ni gamba dari internet. ari tu kamere membe abes bateri plak. tapi time tu memang excited sungguh. mule-mule berani sentuh-sentuh cangkerang die je. lame-lame, nampak penyu-penyu tu macam jinak je, aku pegang cangkerang die, pastu ikut die berenang. huhu. macam dalam cite. best gile!!! tapi kene tahan napas la. sebab kolam tu adela dalam 4-5 meter dalam. pastu penyu-penyu tu berenang laju. kalau nak tangkap die, kene slow-slow ikut die, pastu bile dah dapat, pegang kuat-kuat. BEST!! memang sampai la ni aku dok tersenyum sendiri kalau teringat balik..

okla. rasenye sampai situ dulu. setakat ni memang vacation paling best dalam idup. hoho~

wassalam...

p/s-kalau nak tengok gamba-gamba, tengokla kat facebook, akaun membe-membe yang pegi. aku takde kamera. hoho

BAKSOS

bismillah...

2-3 minggu kebelakangan ni memang agak sebok. macam-macam tugasan kene wat. macam-macam tempat kene pagi. macam-macam orang kene jumpe.. pengalaman dengan kenangan pon macam-macam jugak. huhu


kalau kat Indonesia ni, aktiviti kemasyarakatan memang selalu sangat. name die BAKSOS (Bakti Sosial). slalunye program yang dibuat time baksos ni, sunat, pemeriksaan kesihatan percume dengan presentation tentang budaye hidup sihat. 2 minggu lepas, aku sebagai ajk kelab UMNO makassar kene jadi pengarah program. memang penatla. pegi sane, pegi sini. wat surat. amik ubat. beli barang. planning untuk 100 orang (yang disunat). skali time baksos tu, 9 orang je datang. memang tensenla. ketue kampung tu buat hal. takde satu keje pon die wat. tapi jalan  je la. memang tak ramai la yang dapat menyunat. medical check-up pon tak dapat sambutan sangat. apelagi presentation. hmm..

seminggu lepas tu, dapat mesej dari senior. die nak wat baksos, tapi kat tempat lain. jauh sket. die tanye nak join tak. memang tak expect sangat bole wat pon. so, join je la. sampai je kat sane, mak ai.. kemain ramai budak tunggu. adela dalam 50 orang. dokter yang datang tak sampai 20 pon. time baksos dulu, dokter (budak-budak medic) adela sampai 100 orang. gilo


so, sinsing lengan, terjun. hoho. 1st patient jadik assistant dulu. pergh. memancut-mancut darah. cuak gak. tapi tahanla. tolong sampai setel. pening gakla. lidocain dah brape ampul pakai. meraung lagi budak tu. memang besa pon barang die. lepas siap tu, konfiden sket nak operate sendiri. bace bismillah, suntik lidocain, potong. skali berdarah teruk gak. cuak gile. tros ilang konfiden. mintak senior tolong tengok. lepas tu try lagi wat, naik balik konfiden. kunci die sebenarnye  kene bius btol-btol. berdarah memang berdarah, tapi kurang sket. pastu kene cepat-cepat jahit pembuluh darah tu supaye darah berhenti. hoho. penat gile. keje dari pagi sampai malam. tapi puas ati. hoho..

k la. next post nak cite pasal pantai plak. vacation baru ni..


wassalam